RESEPI
– DADIH MY HANDMADE (SIMPEL, MUDAH & SEDAP)
Bahan-bahannya
1
bungkus agar-agar
550g
Susu tepung (Fernleaf)
1
tin Susu pekat F&N
2
cawan tea Gula
Garam
(secubit) *taknak letak pon boleh
Air
suam @ masak
*Perisa
: Jagung dan Sirap
Cara
menyediakan : -
A
1- Rendam
agar-agar dengan air panas (air yg diperlukan sebanyak 10 cawan).
2- Biarkan
sehingga ia cair.
B
1- Tuangkan
susu tepung, gula, garam dan susu pekat di dalam periuk.
2-
Gaulkan hingga sebati.
3-
Masukkan air suam (air yg diperlukan sebanyak 25cawan)
4-
Kacau, dengan api yang sederhana selama 35minit
5-
Sambil – sambil kacau, saya masukkan agar-agar yang telah saya rendam tadi.
35
minit kemudian…
Saya
sediakan bekas untuk di masukkan dadih tersebut. Kemudian saya bancuh mengikut
perisa yang ada (sirap dan jagung). Tuangkan kedalam bekas-bekas tersebut.
Kemudian biarkan sementara. Lepas itu, buang kerak dibahagian atas (kalau rajin
kalau xrajin biarkan sahaja, kita akan tahulah bila ia sudah sejuk nanti)
hehehe…. Akhir sekali, saya masukkan kedalam peti ais….