Thursday, 28 August 2014

Apa Itu Erti Kemerdekaan???......

 APAKAH ERTI KEMERDEKAAN - APA ERTI KEMERDEKAAN - APAKAH ITU KEMERDEKAAN?

          Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.


          Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

          Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

          Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

          Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

         Cukuplah kita paparkan sekadar itu erti kemerdekaan sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian manusia.

Tuesday, 26 August 2014

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki

Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Fathiah Mukhtar,

Motivasi Pagi: Doa


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Doa Pembuka Dua belas Pintu. Sepertimana yang kita tau Doa adalah ibadat yang sangat dituntut. Setiap kali kita berdoa, Allah pasti akan bagi ganjaran yang berbentuk pahala. Dan sesungguhnya Allah amat suka dan sayang kepada mereka yang sentiasa menadah tangan memohon sesuatu daripadaNya.
Mulakan hari kita dengan doa ini semoga segala Pintu Kebaikan terbuka untuk kita. Amiin.

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Dan ingatlah ketika berdoa kita perlu benar-benar yakin Allah akan memperkenankan segala doa-doa kita.

Jaga Diri, Hiasi Perbadi. 
Selamat Beramal & Wasalam.

Monday, 25 August 2014

Engagement Day's

Alhamdulillah.. Tanggal 3hb August 2014 bersamaan 7 Syawal 1435, sy dengan rasminya menjadi tunangan org.. Bkan nak bangga, riak sbgainyalah coz setiap perasaan EPPY tu msg2 adakan just nak share or tak je... Terpulanglah pde msg2 suke ke tdk yg pasti ini "Cara Saya".   


















Hehehe...
~Just 4 share~
Terima Kasih...