Tuesday, 10 February 2015

KARI AYAM SIMPEL dari Eiya

KARI AYAM SIMPEL dari Eiya

Bahan-bahannya :-

6 ketol ayam
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
Daun kari
Serbuk kari ayam
Susu cair (Marigold)
Serbuk perisa PASTI SEDAAP (secukup rasa)
*1 biji tomato (dipotong)
*ikut cita rasa sendiri

Cara membuatnya :-

Tumis daun kari sehingga naik bau dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kemudian masukkan serbuk kari ayam yang telah dibancuh terdahulu dengan air masak. Kacau dan biarkan sementara. Kemudian masukkan ayam biarkan selama 10minit, masukkan pula susu cair  ½ cawan tea (ikut citerasa anda), kacau bagi serata, jangan biarkan ia nampak bertompok-tompok tak cantik nanti lauk anda. Lepas itu, letak perisa PASTI SEDAAP @ garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato, kacau , biarkan sekejap dan tutup api. Siap untuk dihidang.



Simpelkan…. Hehehe SELAMAT MENCUBA….

No comments:

Post a comment