Tuesday 10 February 2015

RESEPI DADIH MY HANDMADE (SIMPEL, MUDAH & SEDAP)

RESEPI – DADIH MY HANDMADE (SIMPEL, MUDAH & SEDAP)

Bahan-bahannya

1 bungkus agar-agar
550g Susu tepung (Fernleaf)
1 tin Susu pekat F&N
2 cawan tea Gula
Garam (secubit) *taknak letak pon boleh
Air suam @ masak

*Perisa : Jagung dan Sirap

Cara menyediakan : -

A
1- Rendam agar-agar dengan air panas (air yg diperlukan sebanyak 10 cawan).
2- Biarkan sehingga ia cair.

B
1- Tuangkan susu tepung, gula, garam dan susu pekat di dalam periuk.
2- Gaulkan hingga sebati.
3- Masukkan air suam (air yg diperlukan sebanyak 25cawan)
4- Kacau, dengan api yang sederhana selama 35minit
5- Sambil – sambil kacau, saya masukkan agar-agar yang telah saya rendam tadi.


35 minit kemudian…

Saya sediakan bekas untuk di masukkan dadih tersebut. Kemudian saya bancuh mengikut perisa yang ada (sirap dan jagung). Tuangkan kedalam bekas-bekas tersebut. Kemudian biarkan sementara. Lepas itu, buang kerak dibahagian atas (kalau rajin kalau xrajin biarkan sahaja, kita akan tahulah bila ia sudah sejuk nanti) hehehe…. Akhir sekali, saya masukkan kedalam peti ais….




Selamat Mencuba>>>>> 

No comments:

Post a Comment