Tuesday, 28 October 2014

KATALOG AVON ONLINE


Cuma nak share info, kalau kawan-kawan nak tengok current katalog Avon boleh pergi dekat link sini:
[currently ada campaign 8, 9 dan 10]


Tuesday, 21 October 2014

Undangan Majlis Perkahwinan Ieba&Nik_ Eiya&Man

Majlis Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

AHMAD MUKHTAR BIN MAHMUD
HASNAH BINTI DIN

Sekapur sireh, seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati,
dengan rasa penuh kesyukuran kami mengundang
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;

................................................................................................................................
Suami/isteri/sekeluarga untuk menyerikan tambatan janji,
Izin berwali, Ijab bersaksi, Antara dua hati, Anakanda puteri kami;

THOIEBAH BINTI AHMAD MUKHTAR
dengan pasangannya
NIK MOHD SHAQWAN BIN NIK MOHD ASMAWY
&
FATHIAH BINTI AHMAD MUKHTAR
dengan pasangannya
MUHAMMAD KAMARUZZAMAN BIN SULAIMAN

Pada hari
SABTU, 29 NOVEMBER 2014

Beralamat
Perkarangan Surau Al-Husna, PPR Sri Semarak, Jalan Ayer Keroh, 53300 Kuala Lumpur

Beras kunyit ditaburi, Air mawar direnjis wangi, kembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang menyeri, Semoga Allah memberkati,
Wassalam, Terima Kasih daripada kami dan raja sehari.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.


Tuesday, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia 2014


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang DiPertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
-Sumber dan selebihnya DISINI

Pengurusan blog fathiahmukhtar juga dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia pada semua warganegara SELAMAT HARI MALAYSIA. Semoga negara kita terus aman dan makmur amin.

Wassalam,
Fathiah Mukhtar

Friday, 12 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Temudaga A.k.A Interview

Hai korang.... Harini 12 Sept 2014 jam 10a.m saya kene hadiri satu sesi temuduga. Ha!!! Hampa semua bile dengaq temuduga a.k.a interview ni mesti ketaq lututkan... begitu jgak ya.. aduhhai...

Ceritanya lagu nie... Ya baru ja lepas berenti keja dari tmpat lame ya, so sepatutnya hari Rabu tu ya dipanggil untuk temuduga dengan company dotdotdot ni.. Ya ni pon satu jenis tak pikiaq panjang tahu nak terima ja orang panggil temuduga bukan nak siasat dulu ka.. tak da... itu la kelemahan ya, taw apply tapi xreti nak investigate dulu background company tu... So jawabnya xjadi la p interview tu... (Hati jadi keruan sat) Hurmm..... Jadi malam tu jugakla ya bawak en. fiance jalan2 area rumah ni...  jd bawak dye ke Business Rampai Park kononnya nak cari la kot2 ada orang bukak VACANCY ka.. mana nak taw rezeki ya kat citu... Adalah 1, 2 company yang bkak... dah 3 kali dok pusing2 kat area tu hati ni tibe2  mencari company advertising or graphic designer jadi terperasan la 2,3 company yang dok kat area tu... Jadi sume tu ya save ingat nak try call n tanya ada job kosong tak kt situ...

Pada esok hari tu.... Ya pon call la salah satu company yang ya amek tu, salah satu yang ya call tu company yang ya p interview harinila... Jadi company ni je yg panggil untuk pegi yang lain sume ya tak call... Hahahaha
Nampak sekarang!!!! Depa suruh ya datang interview tu harini bawa sekali resume @ CV & Portfolio???? ???? Krik krik krik... Hihihi 

Ya bkan xtaw ape tu portfolio... tetapi sebelum ni ya interview xpenah lagi la hantaq portfolio bagai... So dlam pikiran ya sah company ni mesti professional pnya... cz nk nilai mcm tu bagai... ke ya ni yang lambat sume company yang dibawah bidang graphic or advestising semua kene begitu... So ni adalah pertama kali ya kene interview sebegini.. 

Tamau cerita panjangla.. 

Sesudahnya, Alhamdulilah selesai interview dengan senyuman sampai ke telinga.. Khabar yang baik dan gumbira buat parents, en . fiance dan xlupe pada sahabat2 yang mendoakan... 


Sebelum nak p tu toksah dok kata la nervous nya ketaq abeh badan... tapi bile dah dok kt depan org yang attend ya tadi xlepas langsung senyum2 kambing ya ni asyik dok buat lawak je... segan plk nk ketawa kahkahkah....Sporting gila habaq hang... 

Jadi pada hampa sume toksah la dok pikiaq payah nya nk temuduga nie... Cool je erk bak kata kawan ya sorg nie.... Dye sentiasa cool!!!... hihihi.... 


Tudia ni la resume ya... Biase2 je... Bkan mcm hampa rasanya lagi gempak kot.... :)


Ini adalah satu sample portfolio yang ya try present kat depa... Hahaha.. Cam kelakar jekan... cz hat ni ja yang latest projek ya buat dengn company lama....

Selamat membaca.... Wassalam..

Wednesday, 3 September 2014

Doa Penyeri Wajah

Hai, korang....
Hari ni saya menulis pasai muka orang yang xreti nak senyum....tak berseri langsung....kata darah manih!!! ..hurmm ... nak wat lagu manakan..., meby ade problem kowt kita mana nak taw......sekarang ni nak buat kerja pun rasa tak de mood..... sunyi ja kt ofis ni.. dengan bunyi air-cond ja...hehehe ... Sat g pasang muzik tak pasai kena marah ngn bos... hurmmm bosannye!!!!

Nak p tegoq takut plak nanty depa melenteng kita.. Kalau hati ni boleh connect ngn depa pnye hati nak korek ja rahsia depa ni tu...hurmm... geram pnye pasai... tak mau sembang konon... dah la muka sorang2 dah macam apa tak taw... payahla nak kata... eeeee.... eeeee.....


Nah aq lempaq doa ni kat depa... bagi muka depa elok sikit...





Jadi pada hampa kat luaq sana amal2kan la membaca doa Penyeri Wajah ni ye... Walaupun takda kena mengena cerita ni.. tapi nak share la jugak doa ni kat hampa sume... okey bye2



Doa untuk Penyeri Wajah..